Type and press Enter.

Tentang KOPIESATU

Sejarah Kopiesatu

KOPIESATU merupakan jenama produk kopi tempatan milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang telah berada di pasaran sejak tahun 2001. KOPIESATU bertindak dalam memberi nafas dan inovasi baharu kepada industri kopi tempatan dari peringkat ladang sehingga pengguna. KOPIESATU juga menyediakan platform perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana terutamanya dalam bidang F&B berbentuk rangkaian perniagaan kopi yang setanding dengan rangkaian perniagaan kopi antarabangsa.

OBJEKTIF KOPIESATU

– Mengembangkan lagi perniagaan kerana potensi pasaran yang baik dan trend masa kini – Meningkatkan pendapatan usahawan dan pengeluar biji kopi tempatan. – Memberi peluang kepada usahawan menyertai perniagaan KOPIESATU