
JENAMA YANG DIKENALI

SEGAR DAN BERKUALITI

PROGRAM DAN LATIHAN

R&D BERTERUSAN

LAWATAN BERKALA

PELBAGAI PRODUK
PASUKAN SOKONGAN
HARGA BERPATUTAN
FAQ
Q: Siapakah yang layak memohon lesen KOPIESATU?
A: Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
Q: Adakah saya boleh menjual produk sendiri?
A: Tidak. Hanya produk yang telah ditetapkan oleh pihak FAMA sahaja yang dibenarkan, kecuali dengan kebenaran bertulis.
Q: Siapa yang menentukan harga jualan?
A: Harga jualan ditetapkan oleh pihak FAMA, bukan oleh peniaga.
Q: Bolehkah saya tambah produk lain dalam menu?
A: Ya, tetapi mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada FAMA terlebih dahulu.
Q: Di mana saya boleh beli bahan mentah?
A: Bahan mentah hanya boleh dibeli melalui FAMA dan pembekal sah secara tunai atau cashless.
Q: Bolehkah saya sewakan lesen ini kepada orang lain?
A: Tidak dibenarkan menyewakan hak lesen kepada pihak luar.
Q: Siapakah yang boleh bekerja di outlet saya?
A: Hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan bekerja sebagai pekerja atau barista.
Q: Perlu daftar dengan mana-mana badan kerajaan?
A: Ya. Perlu berdaftar dengan: –
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Lesen Perniagaan (Sabah & Sarawak)
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) jika berkaitan.
Q: Adakah lesen perniagaan tempatan diperlukan?
A: Ya, lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan di lokasi operasi outlet/kiosk/food truck adalah wajib.
Q: Adakah sijil kesihatan diperlukan?
A: Ya, semua peniaga mesti mempunyai sijil kesihatan yang sah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Q: Apa tanggungjawab saya terhadap pekerja?
A: Anda mesti mendaftarkan pekerja mengikut Akta Buruh 1955.
Q: Berapa modal kewangan minimum diperlukan?
A: Minimum RM20,000 diperlukan sebagai bukti sumber kewangan yang kukuh.
Dah Bersedia Nak Jadi
Keluarga KOPIESATU?